Tuesday, August 25, 2009

~antara Kartika Sari Dewi Shukarno dan Stefania Fernandez~

kedua-dua mereka adalah wanita..
ada apa dengan kedua wanita ini?
Bagi aku, kedua-dua mereka adalah heroin untuk diri mereka sendiri.

Aku sebenarnya tidak betul2 mengikuti kes Kartika ini. Sejauh mana yang aku ketahui, (tengok berita semalam) hukuman beliau ditangguhkan berikutan arahan pihak atasan untuk menghormati bulan Ramadhan. Dan aku agak terkagum apabila penangguhan hukuman sebat itu menyebabkan beliau terkilan dan menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima hukuman dari segi mental dan fizikal. Kartika Sari Dewi Shukarno dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008. Sebagai seorang yang BERANI beliau telah mengaku bersalah dan bersedia untuk di kenakan hukuman tanpa sebarang rayuan dilakukan. Beliau merupakan wanita pertama yang akan dijatuhkan hukuman sedemikian untuk kesalahan meminum arak.

Berapa ramai warga muslim di negara ini yang terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, hotel-hotel, pub-pub malah di majlis-majlis high society? Berapa ramai orang-orang ternama yang beragama Islam meminum arak? Bahkan arak sebenarnya umpama ais kosong di wilayah Labuan yang duty free ini. Sesetengah pihak yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam ini adakalanya hanya menutup mata apabila perkara ini dipersoalkan.

Kartika bagi aku, adalah seorang HEROIN yang berani mengaku akan kesalahannya dan berani untuk dihukum (Aku bukanlah menyokong dia meminum arak, lantak dia lah nak minum arak ker, racun ker kan??) Tetapi, sejauh mana kes Kartika akan menjadi "pisang goreng" di Malaysia sama-sama kita lihat. Amnesty International Malaysia khabarnya ingin berjuang mempertahankan hak asasi Kartika, hukuman sebatan itu dianggap kejam untuk seorang wanita. Mahkamah syariah dengarnya akan digesa oleh beberapa badan politik dan bukan agensi kerajaan untuk mempertimbangkan semula bentuk hukuman yang sesuai untuk wanita ini. Beberapa orang pakar undang-undang mulai mempersoalkan perundangan negara yang mempunyai banyak sistem perundangan. Entahla aku sendiri tidak mahu meneka apa akan terjadi.

Yang pasti, aku yakin Kartika akan menjadi boneka pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan kedudukan. Kasihan Kartika. Dan doa aku untuk Kartika agar dia mendapat keampunan Allah dan tenang menjalani hidup seharian.
InsyaAllah Kartika akan menjadi insan yang lebih baik daripada kita semua kerana berani untuk menjadi diri sendiri, berani untuk mengakui kesalahan dan berani untuk menjalani hukuman. Tahniah Kartika!

Stefania Fernandez juga seorang yang berani. Keberanian beliau telah melayakkan beliau untuk dijulang menjadi Miss Universe 2009. Baru berusia 18tahun, beliau merupakan pemenang ke 58 dalam pertandingan yang mempertaruhkan kecantikan dan kebijaksanaan. Aku belum lagi melihat sejauh mana cantiknya budak perempuan ini, biasa-biasa seja kot standard la ratu cantik kan?? Walaubagaimanapun, tahniah kepada Miss Venezuela 2009 kerana menjadi wanita paling cantik di dunia. Stefania menyatakan permulaannya dalam pertandingan agak tidak baik. Dia meneruskan pertandingan dalam keadaan tenang dan bersahaja. Berani untuk bersuara dan berani untuk menyatakan fikiran dan perasaan merupakan kunci kejayaan beliau.

Apa persamaan Kartika dan juga Stefania?
BERANI..

Keberanian membolehkan kita untuk terus hidup. Kita harus berani untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang ada.. Masalah, kegagalan, hinaan, makian, bukan halangan untuk seorang yang berani untuk meneruskan hidup.. Teman-teman sekalian, kita harus berani.. Berani untuk menjadi diri sendiri, berani untuk bersuara, berani untuk berdepan dengan masalah, berani untuk menjadi lebih baik, berani untuk mencuba, berani untuk menghadapi kegagalan.. Berani untuk segala-galanya dan pasti hidup akan jadi lebih hidup... Chowwwwwwwwwww...

p/s: Sekda hantu koh bulan puasa tok? diam rumah pun takut, sik ku tauk sapa nok ada saka ya!!!!