Monday, June 29, 2009

~better on the other side~

kita dikejutkan dengan kematian Mikael @ lebih dikenali dengan nama micheal jackson beberapa hari yang lepas.
Personally, aku membesar dengan lagu2 micheal jackson since Bungso (my aunt)
ada beberapa kaset Micheal Jackson (late 80's and awal 90's - kalau ada kaset dan radio player pakai bateri TERKINI sudah masa tu)..
Dan M.J memang best.. lagu2nya menjadi siulan dan rentak tarinya menjadi tiruan kebanyakan kita.. paling ndak pun kebanyakan kita terai2 buat moonwalk masa kecil2.. kan?
Aku biasa2 jak lah bukan peminat tegar atau fanatik pun.. lagipun bukan nya dapat duit pun kalau kita sedih2 sampai menangis akibat M.J meninggal dunia.. bukan keluarga aku pun.. tapi dia tetap LEGEND lah..

banyak la juga tribute2 yang best2 untuk the late Micheal Jackson dibuat..
bertimbun2 dalam you tube.. dan this one is the best bagi aku..



Sunday, June 28, 2009

~sebuah kisah sebagai pengajaran~

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian
di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di
luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu
rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak
tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik
si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar
merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan,
si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit
menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah
kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa
di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu,
si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap
pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia
menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan
pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu
rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang
nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.."
katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong
kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan
ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik
pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis
kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah..
Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita
sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung
seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur
jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


P/S: story ni aku copy dari arnabgumuk yang juga turut meng"copy" dari aslamahmad.
:P
Sebagai peringatan dan pengajaran untuk semua ndak salahkan copy mengcopy.

Thursday, June 25, 2009

~jadi cikgu~



kerja dan kerja
hari ni hari kesebelas aku kerja nonstop
nasib baik shift malam..
so rehat gilak dirumah main game,
tengok2 pokok2 bunga aku yang dah terbiar berminggu2..
baja kan pokok2 tuh..
aku ada tanam bamboo dalam pasu dan beberapa pokok bunga dari jenis daun seja..
senang mau jaga tapi ni pun suda macam hidup segan mati tak mau..
hehehehehe

ditempat kerja skrg ni..
aku jadi cikgu untuk dua orang staff baru
pening kepala juga
gaji lebih? jangan harap..
dalam mimpi la..
aku suka jugak mengajar org ni
at least ilmu2 tu kita kongsi dgn org lain kan?
atau memang mungkin darah "cikgu" mengalir dalam badan aku ni
(my mum mmg cikgu kan?)
entahlah suka juga aku tapi bikin geram juga
kalau kita ajar2 ndak pandai paham..

geram juga...

Wednesday, June 10, 2009

~bukti aku dah sampai Bali~

ada yang cakap aku tipu taw..
nah amik ko..



ko hado bergambar kat tempat aku bergambar ni??
baca betul2 beb..
aku tak tipu la aku cuma takda masa lahh..
apa?? nak tunjuk semua gmbr dgn korang??
motifnya adalah??? Ann is the only person
yang dah tgk gmbr2 kitorg bercuti..
sik caya udah...

aku bukan orang yang suka bergambar..
dan berposing bagai2..
kalau aku suka bergambar baik aku jadi model
kan?

Hairan nyawaku koh!!

~penceritaan yang tertangguh,. kenapa?? ~

SEBABNYA
Since balik dari Yogja sehingga hari ini aku belum ada offday lagi..
Kitorg terpaksa overwork since ada dua org staff kitorg resign..
dan aku volunteer untuk amik offday terus 3hari..
keji ok kerja tak berhenti
aku takda lah rasa penat pun
tapi ngantuk
sbb minggu ni aku masuk shift 3 overnight shift..
11malam hingga 7pagi..
kerja best lah takda orang kacau tapi mengantuknya Nauzubillah..
then balik2 rumah struggle lagi nak paksa mata tidur..huhuhu

kejamnya dunia..