Monday, August 31, 2009

~antara kebebasan hakiki dan merdekanya hati~

Di himpit kebosanan yang MAHA dasyat, semalam aku membrowse youtube (sambil mendengar konsert Satu di channel188) dan terjumpa filem pendek ini. Ianya adalah salah satu antara 15 filem pendek yang terlibat dengan projek 15 Malaysia dibuat oleh 15 pembikin filem di Malaysia. Paparan tentang sosio-politik di Malaysia, isu-isu kemasyarakatan dan kempen satu Malaysia menjadi tema utama dalam filem-filem pendek ini.



31 Ogos, hari ini.. seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan..
Bagi aku sebagai warganegara Malaysia yang sah (~duh mengaku Pinoy kunu!~), aku bersyukur kerana kita hidup dalam keadaan aman, damai sejahtera, walaupun situasi politiknya kekadang membuatkan aku loya..
Setiap tahun, aku akan teringat kepada arwah atok aku.
Allahyarham Bakri Bin Amir (my mum's dad).. Arwah akan dengan gigihnya
memasak ubi kayu, samada ubi kayu itu digoreng, dibakar ataupun direbus pada malam 31Ogos.. dan kami sekeluarga akan duduk di ruang tamu bersama-sama menonton konsert siaran langsung kemerdekaan di TV1 (masa tu astro takda lagi) dan berjaga sehingga 12 tengah malam.. Ini menjadi rutin tahunan kitorang dulu dan arwah akan berkata,
"ini lah yang kami makan dulu masa zaman jepun" dan arwah akan bercerita kisah muda-mudanya dengan kami sambil menghisap rokok daun.. arwah atok aku bersyukur kerana terlepas dari menjadi P.O.W yang dipaksa untuk berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau..
untuk keterangan lanjut tentang Sandakan Death Marches sila klik : en.wikipedia.org/wiki/Sandakan_Death_Marches

Arwah atok aku seorang yang patriotik, dia akan marah apabila kami mempersendakan lagu Negaraku semasa kami kecil dan bendera Malaysia (yang pada masa itu belum digelar jalur gemilang) akan sentiasa tergantung depan pintu rumah atok aku sepanjang bulan Ogos. Hanya mereka yang lahir dan hidup pada zaman-zaman penjajahan dahulu akan merasakan erti hari kemerdekaan yang sebenar kerana mereka faham akan erti kesengsaraan.

Kemerdekaan mempunyai pengertian yang berbeza-beza bagi setiap orang. Merdeka tidak semestinya bebas, dan bebas tidak semestinya merdeka. Sememangnya 31 Ogos hari kemerdekaan bagi Malaysia (tapi bukan untuk Sabah dan Sarawak) yang sinonim dengan kita semua adalah hari cuti, hari memasang bendera pada kereta, menggantung bendera di balkoni rumah, menonton konsert dan pertunjukan bunga api, melaungkan merdeka tujuh kali pada jam 12 malam : sebenarnya ini adalah waktu sesuai untuk kita memanjatkan kesyukuran kerana negara kita dalam keadaan yang aman dan kita tidak lagi menjadi mangsa penjajahan kuasa-kuasa luar.

Merdeka itu sendiri sebenarnya satu perkara yang subjektif mengikut perspektif masing masing, merdeka bagi aku adalah kebebasan untuk menjadi seorang individu yang boleh membuat keputusan dan pilihan untuk diri sendiri dan bebas untuk melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan serta terhindar dari rasa benci dan hasad dengki. Merdeka kita berbeza-beza. Terpulang kepada anda bagaimana memerdekakan diri dan hati masing-masing. Merdeka anda bagaimana pula??

p/s: adik konsert satu itu biasa-biasa sahaja, ianya kekurangan elemen surprise dan seperti dijangkakan, siti memang deliver lagu dengan baik- she can do better. dan lagu "last night" itu bukan lagu lucah apabila dinyanyikan dengan penuh kasih sayang. hehe..

Sunday, August 30, 2009

~pernyataan hati buat Aisya'~

Assalamualaikum,
Semoga Aisya' berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Izinkan aku untuk memulakan warkah ini dengan memanjat kesyukuran
ke hadratNya, alhamdulliah kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini,yang baik itu hanya daripada Nya dan buruk itu adalah berpunca dari kita semua sebagai insan biasa
yang meminjam semua milikNya,

Maafkan aku aisya' untuk warkah ini, maafkan aku kerana mengambil sedikit waktu bermain aisya'.
Aku fikirkan aku perlu untuk meluahkan ini semua. Aku rasakan aku harus menyatakan semua ini Aisya'.Walaupun kita tidak pernah bersua muka dan berkenalan tetapi aku mengetahui serba sedikit tentang Aisya' melalui gambar yang aku lihat dan cerita yang aku dengar. Aku hanya insan biasa Aisya', tidak ada yang istimewa. Insan biasa yang tidak Aisya' kenali. Di dalam surat ini nanti, aku menggunakan perkataan "kami" merujuk kepada aku dan seseorang disini (di wilayah Labuan ini), dan "dia" merujuk kepada seorang insan yang istimewa buat "kami".

Pertemuan antara kami dan dia berlangsung di sebuah kedai makan di Labuan ini. Menerusi dunia siber, kami berkenalan dan bersedia untuk bertemu. Hanya kami dan dia. Siapa sangka seorang yang muda berbanding kami mempunyai kekuatan dan kematangan fikiran yang jauh lebih baik dari usianya. Mengkagumkan. tutur bahasanya dan tingkah gayanya yang manja sangat menarik perhatian. Awal-awal pertemuan kami lagi, dia sudah menyatakan tentang Aisya'. Aisya' seharusnya berbangga mempunyai seseorang yang sangat menyayangi Aisya', ketahuilah Aisya' dia bukan calang-calang
orang nya.

Aisya',
Perkenalan kami dan dia berlanjutan hari berikutnya, aku mulai tersedar bahawa "dia" bukan seorang yang biasa, istimewa, dan pasti sesiapa sahaja akan mudah jatuh cinta dengan dia. Aisya' tahu, selalunya bila kami dan dia bersama-sama, dia selalunya busy dengan handphone. kejap-kejap sms, kejap-kejap call. Apa yang aku tahu, lingkungan sosialnya terlalu besar dan ramai. Memang tidak ada salahnya Aisya' kalau kita mempunyai ramai kawan tetapi Aisya' harus ingat, kita harus bijak memilih kawan. kawan adakalanya menjadikan kita insan yang lebih baik mahupun sebaliknya, kawan juga akan mempengaruhi sedikit sebanyak cara hidup kita.Yang pasti, kawan akan menjadikan hidup kita menjadi lebih hidup.
Begitu juga dengan kami, Hidup kami menjadi lebih hidup setelah mengenali dia dan
hubungan kami bertambah baik sebenarnya setelah mengenali dia.
Pertama kali dalam hidup kami memiliki seorang adik bersama-sama. Tidak keterlaluan jika aku menyatakan pertemuan singkat antara kami dan dia telah membuahkan rasa sayang yang tidak dapat digambarkan.
Dan untuk waktu sesingkat ini, kami merasakan kasih sayang dari seorang adik.

Entahlah, kami mungkin terlalu merasa kosong disini. Kosong kerana setiap hari adalah rutin biasa yang berulang-ulang memamah usia kami. Kehadiran dia dalam hidup kami sebenarnya menjadi satu titik tanda yang kami memerlukan sesuatu untuk menjadi lebih hidup. Bagaikan sebuah panggilan untuk bangun dari tidur yang panjang, dia muncul dalam hidup kami.

Aisya',
Keputusan untuk menyayangi, menerima, memilih dan mencintai adalah tangungjawab diri sendiri.Dia yang ku kenali, merupakan seorang yang tekad dengan keputusan sendiri.
Dia merupakan contoh terbaik untuk seorang yang bangkit dari kegagalan dalam melestarikan cinta. Melihat dia sebenarnya seolah-olah aku melihat diri aku sendiri.
Dia adalah aku beberapa tahun dahulu tetapi bezanya dia jauh lebih baik berbanding aku. Aku kurang pasti samada cintanya yang lalu itu masih lagi menghantui hari-harinya. Aku hanya mampu menasihatkan agar dia terus bangkit dan tidak berputus asa dengan cinta.Cuma, dia harus lebih berhati-hati, lebih berjaga-jaga. Adakalanya dia nakal, aku tahu aku juga begitu dahulu, darah muda yang mengalir dalam tubuhnya mungkin memaksa dia begitu atau mungkin juga dia masih menghukum dirinya atas kesetiaan yang tidak dihargai.

Tidak apa Aisya', banyak yang harus dia lakukan dan alami sendiri. Biarkan dia mencuba semuanya, biarkan dia merasa semuanya, biar dia belajar segalanya. Dia masih muda dan untuk survival hidup dia memerlukan pengalaman.

Aisya'
Untuk pengetahuan Aisya', dua malam yang lepas kami bersama-sama meluangkan waktu di pusat berkaraoke. Dia merupakan penyanyi yang baik. Aisya' mesti tahu kan? Mesti Aisya' sudah puas mendengar alunan merdu suaranya sewaktu dia mendodoi Aisya'. Suaranya akan sentiasa bermain di benak kami. Semalam sewaktu dia mendendangkan lagu “Salam Terakhir” seseorang menitiskan air mata. Aku tidak menyangka kehadiran dia dalam hidup kami begitu memberikan kesan. Mungkin kerbersamaan kami dan dia telah mengeratkan lagi rasa sayang walaupun untuk waktu yang singkat. Memang aku agak kecewa sedikit apabila kami tidak dapat menghabiskan masa lebih banyak bersama pada malam semalam. Kesempitan waktu dan ruang masa menjadi cabaran hebat buat kami dan dia. Aku bahagia sebenarnya melihat dia ketawa, melawak, tetapi dari hati yang ikhlas, aku rasakan tidak perlu orang lain untuk menyangkal dan memberikan pandangan peribadi terhadap perlakuan seseorang. Dia mempunyai habit mengangkat tangan apabila menyanyi, itu adalah dia, dan itu tidak perlu menjadi persoalan. Seseorang harus menerima segalanya, baik dan buruk kita, dan bukan menilai pada pertemuan kali pertama. Aku yakin dia bijak untuk mengetahui.

Sewaktu aku menulis surat ini, mungkin dia berada dalam pelukan Aisya'. Kami berharap agar hubungan antara kami dan dia tidak hanya berakhir disini. Kami berharap ikatan ini menjadi lebih kuat dan lebih dalam sewaktu perpisahan sementara ini. Aku yakin satu hari nanti, dia akan bersama-sama dengan kami semula. Aku sangat yakin Aisya'.

Oh ya Aisya', sudah terima patung doodolls yang kami kirimkan? Aisya' suka tak patung yang matanya tiga itu. Ya Aisya' itu memang alien bukan kucing. Tapi simboliknya patung itu harus Aisya' khabarkan kepada dia. Tiga mata mewakili mata, hati dan fikir. Kita harus melihat semua benda di dunia menerusi mata, hati dan fikir. Kekuatan mata hanya mampu menilai menerusi pandangan fizikal luar sesuatu, dan cantik tidak semestinya baik Aisya', keterbatasan mata memerlukan kita untuk menilai dengan hati, dan hati pula adakalanya dipengaruhi nafsu dan orang kata, ikut hati mati. Maka, keterbatasan mata dan hati memerlukan kita menilai sesuatu dengan fikir. Gabungan ketiga-tiganya menjadikan kita insan yang lebih baik. Percayalah Aisya', nanti Aisya' akan belajar sendiri.

Aku ingin menulis lebih banyak lagi Aisya'. Aku ingin menulis tentang hebatnya dia di mata kami, manjanya dia pada semua orang, lincahnya dia beraksi, kepohnya dia bercerita, tentang lawak jenaka, mimik muka nya, dan banyak lagi tentang dia yang aku ingin khabarkan, tetapi aku tahu, Aisya' lebih mengenali dia berbanding kami dan yang pasti Aisya', kami merasakan satu kekurangan yang maha dasyat bermula hari ini. Dia pernah berkata, “bersendiri dapat membuatkan kita lebih kenal diri kita sendiri” dan aku akan ingat itu untuk selamanya. Terima kasih Aisya', meluangkan masa untuk membaca warkah ini. Aku pasti kita akan bertemu satu hari nanti.
Dan pada waktu itu nanti aku akan kucup kedua-dua kelopak mata Aisya' kerana hanya mereka yang terlalu istimewa sahaja akan menerimanya. Salam sayang buat Aisya'. Sekian.

Friday, August 28, 2009

~antara kolestrol, lemak tepu dan air~



looking at this peekture, macam tak percaya yang aku ni masih lagi chomel tetapi sedikit berisi!!
(denying sgt kan?)
antara muka bulat, perut boroi dan dagu berlapis..
aku masih punya pilihan, terus mencuba untuk mengurangkan
atau membentuk semula yang berlebihan..
sempena ramadhan ini, selera makan aku agak kurang
berbanding hari2 lain,
dah seminggu ramadhan maknanya dah seminggu aku tak
pekena roti canai, megi goreng dan kopi radix kat Sharifah..
so kira kurang jugak la kolestrol yang masuk dalam darah aku sempena ramadhan ni..
dan nikotin adalah satu ketagihan
yang selama ini menganggu aku dalam diam..

things are NOT OK in my work place..
ramadhan aku agak kurang tidur..
dan lebih menyakitkan aku mempunyai habit minum air dengan banyak
diselangseli dengan marathon merokok..
dan
puasa-puasa ni aku merasakan kekeringan yang amat sangat.. Dugaan sgt kan?

di tempat kerja aku:
kitorang kekurangan sumber manusia yang boleh bekerja dengan baik..
(seolah-olah air minuman yang membawa oksigen ke dalam darah)
dan kelebihan sumber manusia yang tidak tahu membuat kerja..
(seolah-olah kolesterol jahat yang bisa membuatkan saluran arteri tersumbat)
it's been nearly 4 years aku dalam bidang ini,
i know almost every single things yang berkaitan dengan servis..
aku tau macam-macam benda berkaitan dengan kerja aku
dan aku tau macamana untuk betul2 berkerja dengan betul
bukan bodoh sombong atau berlagak bijak..
everyday is a process of learning bagi aku,
dan aku memang bermula dari sifar..
TETAPI bagi sesetengah orang yang terlalu selesa dengan diri mereka,
pencapaian mereka hanya pada tahap itu-itu sahaja..
sesetengah orang cuma tahu berkata begitu dan begini
sedangkan sebenarnya
tidak tahu apa2.. BODOH!!!

Angela akan mula berkerja di tempat baru yang lebih baik
dan InsyaAllah kalau ada rezeki aku juga akan pergi...
dan pada masa itu aku akan terus senyum pada mereka,
seperti aku senyum hari ini
dan aku akan berkata
"kolestrol banyak sangat tulah ko BEBAL"
huh, macam-macam....

p/s: i'll always looking up to people until they gave me reason(s) to look 'em down...
nasibla kan??

Tuesday, August 25, 2009

~antara Kartika Sari Dewi Shukarno dan Stefania Fernandez~

kedua-dua mereka adalah wanita..
ada apa dengan kedua wanita ini?
Bagi aku, kedua-dua mereka adalah heroin untuk diri mereka sendiri.

Aku sebenarnya tidak betul2 mengikuti kes Kartika ini. Sejauh mana yang aku ketahui, (tengok berita semalam) hukuman beliau ditangguhkan berikutan arahan pihak atasan untuk menghormati bulan Ramadhan. Dan aku agak terkagum apabila penangguhan hukuman sebat itu menyebabkan beliau terkilan dan menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima hukuman dari segi mental dan fizikal. Kartika Sari Dewi Shukarno dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008. Sebagai seorang yang BERANI beliau telah mengaku bersalah dan bersedia untuk di kenakan hukuman tanpa sebarang rayuan dilakukan. Beliau merupakan wanita pertama yang akan dijatuhkan hukuman sedemikian untuk kesalahan meminum arak.

Berapa ramai warga muslim di negara ini yang terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, hotel-hotel, pub-pub malah di majlis-majlis high society? Berapa ramai orang-orang ternama yang beragama Islam meminum arak? Bahkan arak sebenarnya umpama ais kosong di wilayah Labuan yang duty free ini. Sesetengah pihak yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam ini adakalanya hanya menutup mata apabila perkara ini dipersoalkan.

Kartika bagi aku, adalah seorang HEROIN yang berani mengaku akan kesalahannya dan berani untuk dihukum (Aku bukanlah menyokong dia meminum arak, lantak dia lah nak minum arak ker, racun ker kan??) Tetapi, sejauh mana kes Kartika akan menjadi "pisang goreng" di Malaysia sama-sama kita lihat. Amnesty International Malaysia khabarnya ingin berjuang mempertahankan hak asasi Kartika, hukuman sebatan itu dianggap kejam untuk seorang wanita. Mahkamah syariah dengarnya akan digesa oleh beberapa badan politik dan bukan agensi kerajaan untuk mempertimbangkan semula bentuk hukuman yang sesuai untuk wanita ini. Beberapa orang pakar undang-undang mulai mempersoalkan perundangan negara yang mempunyai banyak sistem perundangan. Entahla aku sendiri tidak mahu meneka apa akan terjadi.

Yang pasti, aku yakin Kartika akan menjadi boneka pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan kedudukan. Kasihan Kartika. Dan doa aku untuk Kartika agar dia mendapat keampunan Allah dan tenang menjalani hidup seharian.
InsyaAllah Kartika akan menjadi insan yang lebih baik daripada kita semua kerana berani untuk menjadi diri sendiri, berani untuk mengakui kesalahan dan berani untuk menjalani hukuman. Tahniah Kartika!

Stefania Fernandez juga seorang yang berani. Keberanian beliau telah melayakkan beliau untuk dijulang menjadi Miss Universe 2009. Baru berusia 18tahun, beliau merupakan pemenang ke 58 dalam pertandingan yang mempertaruhkan kecantikan dan kebijaksanaan. Aku belum lagi melihat sejauh mana cantiknya budak perempuan ini, biasa-biasa seja kot standard la ratu cantik kan?? Walaubagaimanapun, tahniah kepada Miss Venezuela 2009 kerana menjadi wanita paling cantik di dunia. Stefania menyatakan permulaannya dalam pertandingan agak tidak baik. Dia meneruskan pertandingan dalam keadaan tenang dan bersahaja. Berani untuk bersuara dan berani untuk menyatakan fikiran dan perasaan merupakan kunci kejayaan beliau.

Apa persamaan Kartika dan juga Stefania?
BERANI..

Keberanian membolehkan kita untuk terus hidup. Kita harus berani untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang ada.. Masalah, kegagalan, hinaan, makian, bukan halangan untuk seorang yang berani untuk meneruskan hidup.. Teman-teman sekalian, kita harus berani.. Berani untuk menjadi diri sendiri, berani untuk bersuara, berani untuk berdepan dengan masalah, berani untuk menjadi lebih baik, berani untuk mencuba, berani untuk menghadapi kegagalan.. Berani untuk segala-galanya dan pasti hidup akan jadi lebih hidup... Chowwwwwwwwwww...

p/s: Sekda hantu koh bulan puasa tok? diam rumah pun takut, sik ku tauk sapa nok ada saka ya!!!!

Monday, August 24, 2009

~ponder this~

Sunday, August 23, 2009

~antara jerman, acheh dan labuan~

Labuan di datangi lagi oleh orang dari Jerman dan Acheh...
malam ini malam terakhir mereka disini..

Setelah hampir seminggu mencipta kenangan (katanya),
esok mereka akan meninggalkan labuan..

Ada apa dengan Labuan? Why Labuan?
Aku masih lagi terpinga-pinga mencari jawapan untuk soalan ini..
Entahlah setiap orang mempunyai pendapat yang tersendiri..
Aku memohon maaf sekiranya sepanjang percutian kalian disini
ada yang tidak kecukupan dari segi
keselesaan, layanan dan waktu..
I know that, korang akan datang lagi kan?
Dan jangan cas yang korang bawa hujan kat labuan ni erk..

semoga percutian kalian ke Hong Kong dan kemana saja selepas ini
akan menjadi kenangan yang terindah buat kalian..





p/s: dan memang BENAR lagu Gadis Malaysia menjadi performance of the night pada malam kita berkaraoke itu..

Saturday, August 22, 2009

~ramadhan yang sayu~

ramadhan muncul lagi..
mengingatkan aku pada zaman-zaman "jahil" yang lalu..
beberapa hari ini aku terasa seperti ingin memulakan hidup yang baru..

it's kind of wake up call.. tiba-tiba..
ntahla.. i am me again..

seorang manusia selalunya lupa..
lupa pada diri sendiri
dan semoga Ramadhan ini
dapat membawa aku untuk lebih mengenal diri..

to all muslim friends.. selamat berpuasa
dan jalani la sebulan ini dengan penuh kesyukuran..

p/s : Ray kurma tidak pernah membuatkan lidah terbakar.. sedarlah anak..
rindu masa dulu-dulu..

Monday, August 17, 2009

~dedikasi lirik lagu untuk mereka yang berkenaan~

Satu cerita tentang manusia
Coba 'tuk memahami arti cinta
Benarkah cinta diatas segalanya
Hanyakah itu satu-satunya

Yang menjadi alasan untuk menutup mata
Tak melihat dunia yang sesungguhnya
Dan menjadi jawaban atas semua tanya
Yang kita harap mampu mewujudkan sebuah akhir bahagia

Buka mata hati telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting dari sekedar kata cinta ooo..
Yang kau inginkan tak selalu
Yang kau butuhkan mungkin memang yang paling penting
Cobalah untuk membuka mata hati telinga

Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran
Tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan
Tuhan tolong tunjukkan apa yang 'kan datang
Hikmah dari semua misteri yang tak terpecahkan

by: Maliq & D Essentials


Aku tidak pernah bosan mendengar lagu ini berulangkali.. Khas untuk mereka yang berkenaan, carilah lagu ni thru Ares ka, beli cd ka, whatever possible ways, cobalah dengarkan lagu ini dan hayati lirik2 lagu yang simple but meaningful ini..

P/s: Aku juga manusia yang adakalanya penat untuk dipersoalkan.

~kemalasan yang MAHA~

aku menulis semula.. kali ini paling lama aku ndak update blog ni..
dari bulan 6.. sekarang dah August..
Ya Allah cepatnya masa berlalu..
banyak yang berlaku dan banyak yang terjadi..
nafas dan udara yang disedut serta makanan yang dicerna nampaknya tidak pernah cukup untuk menghilangkan rasa MALAS.. menambah kemalasan adalah....
Sh** pemalasnya.. kenapa malas ni? sapa ajar ni jadi malas ni?? Kenapa malas??

Firstly, aku rasa aku sangat2 penat bekerja lately..
biasa jer la actually, kerja 8jam 6 hari seminggu.. tiada beza dgn yang dulu..
entahla.. kurang vitamin kot!!! Btw,
Team baru guest services agent aku sekarang ni BOLEH la..
but im sorry guys, i love the old one.. team dulu2...
Style kerja memang completely different..
ada pro dan contra la jugak
tapi aku tau masih terlalu awal untuk aku buat kesimpulan...
ndak palah lama2 okay lah tu..

Yang keduanya, kemalasan aku adalah disebabkan :
Aku tau my life sekarang dalam liku2 monotonous..(monotonous ada liku ker?)
Kasyan dech loe......
yup, kehidupan aku sekarang ni sangat mendatar.. aku spend masa balik kerja dengan mula2 ke restoren sharifah minum radix ice dan makan roti canai atau megi goreng.. sampai rumah.. mem"browse" internet, ber"Wii" ataupun tgk tv jer.. dah takda keluar2 ke Pantai Lounge Karaoke (Manikar) atau lepak2 sampai malam di gerai kak lin..
dah tak "IN" kot.. tempat lain macam tak best jer...
so apabila kehidupan harian aku macam seolah2 roda yang mau tunggu time seja mau pancit.. aku jadi MAHA MALAS.. tu lah pasal...

Gambar, aku ada gmbr2 dalam komputer aku ni yang aku tak convert lagi..
semua masih RAW.. gmbr2 final days outing with Ray, Mr.Roger's farewell, Mr. Udin's farewell, banyak lagi yang kejadian2 yang terjadi yang aku dah klik2 tapi belum buat apa2.. Dasar PEMALAS....
semua2 malas.. Kau kenapa Awang???

Aku minta maaf sekiranya kemalasan aku menyusahkan beberapa orang..
Adakalanya manusia memang MALAS.. Sampahnya aku!!!

Moral of the story:
Adakalanya kita perlukan sesuatu untuk menjadikan hidup lebih HIDUP..
Jangan malas-malas.. Jangan jadi spt aku..

P/S:
Ghaz, gmbr ko aku dah burn kat cd nak hantar mana? Dah berapa bulan ko kejar aku erk?? btw taknak datang labuan lagi ker? ada promotion air asia wat?? Kan?
Ray bigak, gmbr mu dgn ann tu aku post nanti sini atau ko mau aku taruk di friendster atau hntr email ko jak? Ko bila mau kerja Sutera??