Thursday, September 3, 2009

~kesiputan.yang.teramat.sangat~

Lately, bangun lambat, mandi lambat, sampai kerja lambat,
buat kerja lambat, semua lambat..
adakah aku telah bermutasi menjadi siput?
ataupun terkena sumpahan siput sarawak?

membrowse youtube, secara tidak langsung aku terjumpa video ini dan mengrabnya terus,
lalu video ini menjadi halwa telinga & mata aku selama beberapa minggu..
beberapa minggu (diulangi) <--- lambatla bah!!
enjoy la video ini kerana ianya mengimbau memori..

Monday, August 31, 2009

~antara kebebasan hakiki dan merdekanya hati~

Di himpit kebosanan yang MAHA dasyat, semalam aku membrowse youtube (sambil mendengar konsert Satu di channel188) dan terjumpa filem pendek ini. Ianya adalah salah satu antara 15 filem pendek yang terlibat dengan projek 15 Malaysia dibuat oleh 15 pembikin filem di Malaysia. Paparan tentang sosio-politik di Malaysia, isu-isu kemasyarakatan dan kempen satu Malaysia menjadi tema utama dalam filem-filem pendek ini.



31 Ogos, hari ini.. seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan..
Bagi aku sebagai warganegara Malaysia yang sah (~duh mengaku Pinoy kunu!~), aku bersyukur kerana kita hidup dalam keadaan aman, damai sejahtera, walaupun situasi politiknya kekadang membuatkan aku loya..
Setiap tahun, aku akan teringat kepada arwah atok aku.
Allahyarham Bakri Bin Amir (my mum's dad).. Arwah akan dengan gigihnya
memasak ubi kayu, samada ubi kayu itu digoreng, dibakar ataupun direbus pada malam 31Ogos.. dan kami sekeluarga akan duduk di ruang tamu bersama-sama menonton konsert siaran langsung kemerdekaan di TV1 (masa tu astro takda lagi) dan berjaga sehingga 12 tengah malam.. Ini menjadi rutin tahunan kitorang dulu dan arwah akan berkata,
"ini lah yang kami makan dulu masa zaman jepun" dan arwah akan bercerita kisah muda-mudanya dengan kami sambil menghisap rokok daun.. arwah atok aku bersyukur kerana terlepas dari menjadi P.O.W yang dipaksa untuk berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau..
untuk keterangan lanjut tentang Sandakan Death Marches sila klik : en.wikipedia.org/wiki/Sandakan_Death_Marches

Arwah atok aku seorang yang patriotik, dia akan marah apabila kami mempersendakan lagu Negaraku semasa kami kecil dan bendera Malaysia (yang pada masa itu belum digelar jalur gemilang) akan sentiasa tergantung depan pintu rumah atok aku sepanjang bulan Ogos. Hanya mereka yang lahir dan hidup pada zaman-zaman penjajahan dahulu akan merasakan erti hari kemerdekaan yang sebenar kerana mereka faham akan erti kesengsaraan.

Kemerdekaan mempunyai pengertian yang berbeza-beza bagi setiap orang. Merdeka tidak semestinya bebas, dan bebas tidak semestinya merdeka. Sememangnya 31 Ogos hari kemerdekaan bagi Malaysia (tapi bukan untuk Sabah dan Sarawak) yang sinonim dengan kita semua adalah hari cuti, hari memasang bendera pada kereta, menggantung bendera di balkoni rumah, menonton konsert dan pertunjukan bunga api, melaungkan merdeka tujuh kali pada jam 12 malam : sebenarnya ini adalah waktu sesuai untuk kita memanjatkan kesyukuran kerana negara kita dalam keadaan yang aman dan kita tidak lagi menjadi mangsa penjajahan kuasa-kuasa luar.

Merdeka itu sendiri sebenarnya satu perkara yang subjektif mengikut perspektif masing masing, merdeka bagi aku adalah kebebasan untuk menjadi seorang individu yang boleh membuat keputusan dan pilihan untuk diri sendiri dan bebas untuk melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan serta terhindar dari rasa benci dan hasad dengki. Merdeka kita berbeza-beza. Terpulang kepada anda bagaimana memerdekakan diri dan hati masing-masing. Merdeka anda bagaimana pula??

p/s: adik konsert satu itu biasa-biasa sahaja, ianya kekurangan elemen surprise dan seperti dijangkakan, siti memang deliver lagu dengan baik- she can do better. dan lagu "last night" itu bukan lagu lucah apabila dinyanyikan dengan penuh kasih sayang. hehe..

Sunday, August 30, 2009

~pernyataan hati buat Aisya'~

Assalamualaikum,
Semoga Aisya' berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Izinkan aku untuk memulakan warkah ini dengan memanjat kesyukuran
ke hadratNya, alhamdulliah kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini,yang baik itu hanya daripada Nya dan buruk itu adalah berpunca dari kita semua sebagai insan biasa
yang meminjam semua milikNya,

Maafkan aku aisya' untuk warkah ini, maafkan aku kerana mengambil sedikit waktu bermain aisya'.
Aku fikirkan aku perlu untuk meluahkan ini semua. Aku rasakan aku harus menyatakan semua ini Aisya'.Walaupun kita tidak pernah bersua muka dan berkenalan tetapi aku mengetahui serba sedikit tentang Aisya' melalui gambar yang aku lihat dan cerita yang aku dengar. Aku hanya insan biasa Aisya', tidak ada yang istimewa. Insan biasa yang tidak Aisya' kenali. Di dalam surat ini nanti, aku menggunakan perkataan "kami" merujuk kepada aku dan seseorang disini (di wilayah Labuan ini), dan "dia" merujuk kepada seorang insan yang istimewa buat "kami".

Pertemuan antara kami dan dia berlangsung di sebuah kedai makan di Labuan ini. Menerusi dunia siber, kami berkenalan dan bersedia untuk bertemu. Hanya kami dan dia. Siapa sangka seorang yang muda berbanding kami mempunyai kekuatan dan kematangan fikiran yang jauh lebih baik dari usianya. Mengkagumkan. tutur bahasanya dan tingkah gayanya yang manja sangat menarik perhatian. Awal-awal pertemuan kami lagi, dia sudah menyatakan tentang Aisya'. Aisya' seharusnya berbangga mempunyai seseorang yang sangat menyayangi Aisya', ketahuilah Aisya' dia bukan calang-calang
orang nya.

Aisya',
Perkenalan kami dan dia berlanjutan hari berikutnya, aku mulai tersedar bahawa "dia" bukan seorang yang biasa, istimewa, dan pasti sesiapa sahaja akan mudah jatuh cinta dengan dia. Aisya' tahu, selalunya bila kami dan dia bersama-sama, dia selalunya busy dengan handphone. kejap-kejap sms, kejap-kejap call. Apa yang aku tahu, lingkungan sosialnya terlalu besar dan ramai. Memang tidak ada salahnya Aisya' kalau kita mempunyai ramai kawan tetapi Aisya' harus ingat, kita harus bijak memilih kawan. kawan adakalanya menjadikan kita insan yang lebih baik mahupun sebaliknya, kawan juga akan mempengaruhi sedikit sebanyak cara hidup kita.Yang pasti, kawan akan menjadikan hidup kita menjadi lebih hidup.
Begitu juga dengan kami, Hidup kami menjadi lebih hidup setelah mengenali dia dan
hubungan kami bertambah baik sebenarnya setelah mengenali dia.
Pertama kali dalam hidup kami memiliki seorang adik bersama-sama. Tidak keterlaluan jika aku menyatakan pertemuan singkat antara kami dan dia telah membuahkan rasa sayang yang tidak dapat digambarkan.
Dan untuk waktu sesingkat ini, kami merasakan kasih sayang dari seorang adik.

Entahlah, kami mungkin terlalu merasa kosong disini. Kosong kerana setiap hari adalah rutin biasa yang berulang-ulang memamah usia kami. Kehadiran dia dalam hidup kami sebenarnya menjadi satu titik tanda yang kami memerlukan sesuatu untuk menjadi lebih hidup. Bagaikan sebuah panggilan untuk bangun dari tidur yang panjang, dia muncul dalam hidup kami.

Aisya',
Keputusan untuk menyayangi, menerima, memilih dan mencintai adalah tangungjawab diri sendiri.Dia yang ku kenali, merupakan seorang yang tekad dengan keputusan sendiri.
Dia merupakan contoh terbaik untuk seorang yang bangkit dari kegagalan dalam melestarikan cinta. Melihat dia sebenarnya seolah-olah aku melihat diri aku sendiri.
Dia adalah aku beberapa tahun dahulu tetapi bezanya dia jauh lebih baik berbanding aku. Aku kurang pasti samada cintanya yang lalu itu masih lagi menghantui hari-harinya. Aku hanya mampu menasihatkan agar dia terus bangkit dan tidak berputus asa dengan cinta.Cuma, dia harus lebih berhati-hati, lebih berjaga-jaga. Adakalanya dia nakal, aku tahu aku juga begitu dahulu, darah muda yang mengalir dalam tubuhnya mungkin memaksa dia begitu atau mungkin juga dia masih menghukum dirinya atas kesetiaan yang tidak dihargai.

Tidak apa Aisya', banyak yang harus dia lakukan dan alami sendiri. Biarkan dia mencuba semuanya, biarkan dia merasa semuanya, biar dia belajar segalanya. Dia masih muda dan untuk survival hidup dia memerlukan pengalaman.

Aisya'
Untuk pengetahuan Aisya', dua malam yang lepas kami bersama-sama meluangkan waktu di pusat berkaraoke. Dia merupakan penyanyi yang baik. Aisya' mesti tahu kan? Mesti Aisya' sudah puas mendengar alunan merdu suaranya sewaktu dia mendodoi Aisya'. Suaranya akan sentiasa bermain di benak kami. Semalam sewaktu dia mendendangkan lagu “Salam Terakhir” seseorang menitiskan air mata. Aku tidak menyangka kehadiran dia dalam hidup kami begitu memberikan kesan. Mungkin kerbersamaan kami dan dia telah mengeratkan lagi rasa sayang walaupun untuk waktu yang singkat. Memang aku agak kecewa sedikit apabila kami tidak dapat menghabiskan masa lebih banyak bersama pada malam semalam. Kesempitan waktu dan ruang masa menjadi cabaran hebat buat kami dan dia. Aku bahagia sebenarnya melihat dia ketawa, melawak, tetapi dari hati yang ikhlas, aku rasakan tidak perlu orang lain untuk menyangkal dan memberikan pandangan peribadi terhadap perlakuan seseorang. Dia mempunyai habit mengangkat tangan apabila menyanyi, itu adalah dia, dan itu tidak perlu menjadi persoalan. Seseorang harus menerima segalanya, baik dan buruk kita, dan bukan menilai pada pertemuan kali pertama. Aku yakin dia bijak untuk mengetahui.

Sewaktu aku menulis surat ini, mungkin dia berada dalam pelukan Aisya'. Kami berharap agar hubungan antara kami dan dia tidak hanya berakhir disini. Kami berharap ikatan ini menjadi lebih kuat dan lebih dalam sewaktu perpisahan sementara ini. Aku yakin satu hari nanti, dia akan bersama-sama dengan kami semula. Aku sangat yakin Aisya'.

Oh ya Aisya', sudah terima patung doodolls yang kami kirimkan? Aisya' suka tak patung yang matanya tiga itu. Ya Aisya' itu memang alien bukan kucing. Tapi simboliknya patung itu harus Aisya' khabarkan kepada dia. Tiga mata mewakili mata, hati dan fikir. Kita harus melihat semua benda di dunia menerusi mata, hati dan fikir. Kekuatan mata hanya mampu menilai menerusi pandangan fizikal luar sesuatu, dan cantik tidak semestinya baik Aisya', keterbatasan mata memerlukan kita untuk menilai dengan hati, dan hati pula adakalanya dipengaruhi nafsu dan orang kata, ikut hati mati. Maka, keterbatasan mata dan hati memerlukan kita menilai sesuatu dengan fikir. Gabungan ketiga-tiganya menjadikan kita insan yang lebih baik. Percayalah Aisya', nanti Aisya' akan belajar sendiri.

Aku ingin menulis lebih banyak lagi Aisya'. Aku ingin menulis tentang hebatnya dia di mata kami, manjanya dia pada semua orang, lincahnya dia beraksi, kepohnya dia bercerita, tentang lawak jenaka, mimik muka nya, dan banyak lagi tentang dia yang aku ingin khabarkan, tetapi aku tahu, Aisya' lebih mengenali dia berbanding kami dan yang pasti Aisya', kami merasakan satu kekurangan yang maha dasyat bermula hari ini. Dia pernah berkata, “bersendiri dapat membuatkan kita lebih kenal diri kita sendiri” dan aku akan ingat itu untuk selamanya. Terima kasih Aisya', meluangkan masa untuk membaca warkah ini. Aku pasti kita akan bertemu satu hari nanti.
Dan pada waktu itu nanti aku akan kucup kedua-dua kelopak mata Aisya' kerana hanya mereka yang terlalu istimewa sahaja akan menerimanya. Salam sayang buat Aisya'. Sekian.

Friday, August 28, 2009

~antara kolestrol, lemak tepu dan air~



looking at this peekture, macam tak percaya yang aku ni masih lagi chomel tetapi sedikit berisi!!
(denying sgt kan?)
antara muka bulat, perut boroi dan dagu berlapis..
aku masih punya pilihan, terus mencuba untuk mengurangkan
atau membentuk semula yang berlebihan..
sempena ramadhan ini, selera makan aku agak kurang
berbanding hari2 lain,
dah seminggu ramadhan maknanya dah seminggu aku tak
pekena roti canai, megi goreng dan kopi radix kat Sharifah..
so kira kurang jugak la kolestrol yang masuk dalam darah aku sempena ramadhan ni..
dan nikotin adalah satu ketagihan
yang selama ini menganggu aku dalam diam..

things are NOT OK in my work place..
ramadhan aku agak kurang tidur..
dan lebih menyakitkan aku mempunyai habit minum air dengan banyak
diselangseli dengan marathon merokok..
dan
puasa-puasa ni aku merasakan kekeringan yang amat sangat.. Dugaan sgt kan?

di tempat kerja aku:
kitorang kekurangan sumber manusia yang boleh bekerja dengan baik..
(seolah-olah air minuman yang membawa oksigen ke dalam darah)
dan kelebihan sumber manusia yang tidak tahu membuat kerja..
(seolah-olah kolesterol jahat yang bisa membuatkan saluran arteri tersumbat)
it's been nearly 4 years aku dalam bidang ini,
i know almost every single things yang berkaitan dengan servis..
aku tau macam-macam benda berkaitan dengan kerja aku
dan aku tau macamana untuk betul2 berkerja dengan betul
bukan bodoh sombong atau berlagak bijak..
everyday is a process of learning bagi aku,
dan aku memang bermula dari sifar..
TETAPI bagi sesetengah orang yang terlalu selesa dengan diri mereka,
pencapaian mereka hanya pada tahap itu-itu sahaja..
sesetengah orang cuma tahu berkata begitu dan begini
sedangkan sebenarnya
tidak tahu apa2.. BODOH!!!

Angela akan mula berkerja di tempat baru yang lebih baik
dan InsyaAllah kalau ada rezeki aku juga akan pergi...
dan pada masa itu aku akan terus senyum pada mereka,
seperti aku senyum hari ini
dan aku akan berkata
"kolestrol banyak sangat tulah ko BEBAL"
huh, macam-macam....

p/s: i'll always looking up to people until they gave me reason(s) to look 'em down...
nasibla kan??

Tuesday, August 25, 2009

~antara Kartika Sari Dewi Shukarno dan Stefania Fernandez~

kedua-dua mereka adalah wanita..
ada apa dengan kedua wanita ini?
Bagi aku, kedua-dua mereka adalah heroin untuk diri mereka sendiri.

Aku sebenarnya tidak betul2 mengikuti kes Kartika ini. Sejauh mana yang aku ketahui, (tengok berita semalam) hukuman beliau ditangguhkan berikutan arahan pihak atasan untuk menghormati bulan Ramadhan. Dan aku agak terkagum apabila penangguhan hukuman sebat itu menyebabkan beliau terkilan dan menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima hukuman dari segi mental dan fizikal. Kartika Sari Dewi Shukarno dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008. Sebagai seorang yang BERANI beliau telah mengaku bersalah dan bersedia untuk di kenakan hukuman tanpa sebarang rayuan dilakukan. Beliau merupakan wanita pertama yang akan dijatuhkan hukuman sedemikian untuk kesalahan meminum arak.

Berapa ramai warga muslim di negara ini yang terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, hotel-hotel, pub-pub malah di majlis-majlis high society? Berapa ramai orang-orang ternama yang beragama Islam meminum arak? Bahkan arak sebenarnya umpama ais kosong di wilayah Labuan yang duty free ini. Sesetengah pihak yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam ini adakalanya hanya menutup mata apabila perkara ini dipersoalkan.

Kartika bagi aku, adalah seorang HEROIN yang berani mengaku akan kesalahannya dan berani untuk dihukum (Aku bukanlah menyokong dia meminum arak, lantak dia lah nak minum arak ker, racun ker kan??) Tetapi, sejauh mana kes Kartika akan menjadi "pisang goreng" di Malaysia sama-sama kita lihat. Amnesty International Malaysia khabarnya ingin berjuang mempertahankan hak asasi Kartika, hukuman sebatan itu dianggap kejam untuk seorang wanita. Mahkamah syariah dengarnya akan digesa oleh beberapa badan politik dan bukan agensi kerajaan untuk mempertimbangkan semula bentuk hukuman yang sesuai untuk wanita ini. Beberapa orang pakar undang-undang mulai mempersoalkan perundangan negara yang mempunyai banyak sistem perundangan. Entahla aku sendiri tidak mahu meneka apa akan terjadi.

Yang pasti, aku yakin Kartika akan menjadi boneka pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan kedudukan. Kasihan Kartika. Dan doa aku untuk Kartika agar dia mendapat keampunan Allah dan tenang menjalani hidup seharian.
InsyaAllah Kartika akan menjadi insan yang lebih baik daripada kita semua kerana berani untuk menjadi diri sendiri, berani untuk mengakui kesalahan dan berani untuk menjalani hukuman. Tahniah Kartika!

Stefania Fernandez juga seorang yang berani. Keberanian beliau telah melayakkan beliau untuk dijulang menjadi Miss Universe 2009. Baru berusia 18tahun, beliau merupakan pemenang ke 58 dalam pertandingan yang mempertaruhkan kecantikan dan kebijaksanaan. Aku belum lagi melihat sejauh mana cantiknya budak perempuan ini, biasa-biasa seja kot standard la ratu cantik kan?? Walaubagaimanapun, tahniah kepada Miss Venezuela 2009 kerana menjadi wanita paling cantik di dunia. Stefania menyatakan permulaannya dalam pertandingan agak tidak baik. Dia meneruskan pertandingan dalam keadaan tenang dan bersahaja. Berani untuk bersuara dan berani untuk menyatakan fikiran dan perasaan merupakan kunci kejayaan beliau.

Apa persamaan Kartika dan juga Stefania?
BERANI..

Keberanian membolehkan kita untuk terus hidup. Kita harus berani untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang ada.. Masalah, kegagalan, hinaan, makian, bukan halangan untuk seorang yang berani untuk meneruskan hidup.. Teman-teman sekalian, kita harus berani.. Berani untuk menjadi diri sendiri, berani untuk bersuara, berani untuk berdepan dengan masalah, berani untuk menjadi lebih baik, berani untuk mencuba, berani untuk menghadapi kegagalan.. Berani untuk segala-galanya dan pasti hidup akan jadi lebih hidup... Chowwwwwwwwwww...

p/s: Sekda hantu koh bulan puasa tok? diam rumah pun takut, sik ku tauk sapa nok ada saka ya!!!!

Monday, August 24, 2009

~ponder this~

Sunday, August 23, 2009

~antara jerman, acheh dan labuan~

Labuan di datangi lagi oleh orang dari Jerman dan Acheh...
malam ini malam terakhir mereka disini..

Setelah hampir seminggu mencipta kenangan (katanya),
esok mereka akan meninggalkan labuan..

Ada apa dengan Labuan? Why Labuan?
Aku masih lagi terpinga-pinga mencari jawapan untuk soalan ini..
Entahlah setiap orang mempunyai pendapat yang tersendiri..
Aku memohon maaf sekiranya sepanjang percutian kalian disini
ada yang tidak kecukupan dari segi
keselesaan, layanan dan waktu..
I know that, korang akan datang lagi kan?
Dan jangan cas yang korang bawa hujan kat labuan ni erk..

semoga percutian kalian ke Hong Kong dan kemana saja selepas ini
akan menjadi kenangan yang terindah buat kalian..





p/s: dan memang BENAR lagu Gadis Malaysia menjadi performance of the night pada malam kita berkaraoke itu..

Saturday, August 22, 2009

~ramadhan yang sayu~

ramadhan muncul lagi..
mengingatkan aku pada zaman-zaman "jahil" yang lalu..
beberapa hari ini aku terasa seperti ingin memulakan hidup yang baru..

it's kind of wake up call.. tiba-tiba..
ntahla.. i am me again..

seorang manusia selalunya lupa..
lupa pada diri sendiri
dan semoga Ramadhan ini
dapat membawa aku untuk lebih mengenal diri..

to all muslim friends.. selamat berpuasa
dan jalani la sebulan ini dengan penuh kesyukuran..

p/s : Ray kurma tidak pernah membuatkan lidah terbakar.. sedarlah anak..
rindu masa dulu-dulu..

Monday, August 17, 2009

~dedikasi lirik lagu untuk mereka yang berkenaan~

Satu cerita tentang manusia
Coba 'tuk memahami arti cinta
Benarkah cinta diatas segalanya
Hanyakah itu satu-satunya

Yang menjadi alasan untuk menutup mata
Tak melihat dunia yang sesungguhnya
Dan menjadi jawaban atas semua tanya
Yang kita harap mampu mewujudkan sebuah akhir bahagia

Buka mata hati telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting dari sekedar kata cinta ooo..
Yang kau inginkan tak selalu
Yang kau butuhkan mungkin memang yang paling penting
Cobalah untuk membuka mata hati telinga

Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran
Tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan
Tuhan tolong tunjukkan apa yang 'kan datang
Hikmah dari semua misteri yang tak terpecahkan

by: Maliq & D Essentials


Aku tidak pernah bosan mendengar lagu ini berulangkali.. Khas untuk mereka yang berkenaan, carilah lagu ni thru Ares ka, beli cd ka, whatever possible ways, cobalah dengarkan lagu ini dan hayati lirik2 lagu yang simple but meaningful ini..

P/s: Aku juga manusia yang adakalanya penat untuk dipersoalkan.

~kemalasan yang MAHA~

aku menulis semula.. kali ini paling lama aku ndak update blog ni..
dari bulan 6.. sekarang dah August..
Ya Allah cepatnya masa berlalu..
banyak yang berlaku dan banyak yang terjadi..
nafas dan udara yang disedut serta makanan yang dicerna nampaknya tidak pernah cukup untuk menghilangkan rasa MALAS.. menambah kemalasan adalah....
Sh** pemalasnya.. kenapa malas ni? sapa ajar ni jadi malas ni?? Kenapa malas??

Firstly, aku rasa aku sangat2 penat bekerja lately..
biasa jer la actually, kerja 8jam 6 hari seminggu.. tiada beza dgn yang dulu..
entahla.. kurang vitamin kot!!! Btw,
Team baru guest services agent aku sekarang ni BOLEH la..
but im sorry guys, i love the old one.. team dulu2...
Style kerja memang completely different..
ada pro dan contra la jugak
tapi aku tau masih terlalu awal untuk aku buat kesimpulan...
ndak palah lama2 okay lah tu..

Yang keduanya, kemalasan aku adalah disebabkan :
Aku tau my life sekarang dalam liku2 monotonous..(monotonous ada liku ker?)
Kasyan dech loe......
yup, kehidupan aku sekarang ni sangat mendatar.. aku spend masa balik kerja dengan mula2 ke restoren sharifah minum radix ice dan makan roti canai atau megi goreng.. sampai rumah.. mem"browse" internet, ber"Wii" ataupun tgk tv jer.. dah takda keluar2 ke Pantai Lounge Karaoke (Manikar) atau lepak2 sampai malam di gerai kak lin..
dah tak "IN" kot.. tempat lain macam tak best jer...
so apabila kehidupan harian aku macam seolah2 roda yang mau tunggu time seja mau pancit.. aku jadi MAHA MALAS.. tu lah pasal...

Gambar, aku ada gmbr2 dalam komputer aku ni yang aku tak convert lagi..
semua masih RAW.. gmbr2 final days outing with Ray, Mr.Roger's farewell, Mr. Udin's farewell, banyak lagi yang kejadian2 yang terjadi yang aku dah klik2 tapi belum buat apa2.. Dasar PEMALAS....
semua2 malas.. Kau kenapa Awang???

Aku minta maaf sekiranya kemalasan aku menyusahkan beberapa orang..
Adakalanya manusia memang MALAS.. Sampahnya aku!!!

Moral of the story:
Adakalanya kita perlukan sesuatu untuk menjadikan hidup lebih HIDUP..
Jangan malas-malas.. Jangan jadi spt aku..

P/S:
Ghaz, gmbr ko aku dah burn kat cd nak hantar mana? Dah berapa bulan ko kejar aku erk?? btw taknak datang labuan lagi ker? ada promotion air asia wat?? Kan?
Ray bigak, gmbr mu dgn ann tu aku post nanti sini atau ko mau aku taruk di friendster atau hntr email ko jak? Ko bila mau kerja Sutera??

Monday, June 29, 2009

~better on the other side~

kita dikejutkan dengan kematian Mikael @ lebih dikenali dengan nama micheal jackson beberapa hari yang lepas.
Personally, aku membesar dengan lagu2 micheal jackson since Bungso (my aunt)
ada beberapa kaset Micheal Jackson (late 80's and awal 90's - kalau ada kaset dan radio player pakai bateri TERKINI sudah masa tu)..
Dan M.J memang best.. lagu2nya menjadi siulan dan rentak tarinya menjadi tiruan kebanyakan kita.. paling ndak pun kebanyakan kita terai2 buat moonwalk masa kecil2.. kan?
Aku biasa2 jak lah bukan peminat tegar atau fanatik pun.. lagipun bukan nya dapat duit pun kalau kita sedih2 sampai menangis akibat M.J meninggal dunia.. bukan keluarga aku pun.. tapi dia tetap LEGEND lah..

banyak la juga tribute2 yang best2 untuk the late Micheal Jackson dibuat..
bertimbun2 dalam you tube.. dan this one is the best bagi aku..



Sunday, June 28, 2009

~sebuah kisah sebagai pengajaran~

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian
di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di
luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu
rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak
tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik
si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar
merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan,
si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit
menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah
kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa
di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu,
si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap
pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia
menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan
pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu
rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang
nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.."
katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong
kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan
ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik
pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis
kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah..
Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita
sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung
seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur
jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


P/S: story ni aku copy dari arnabgumuk yang juga turut meng"copy" dari aslamahmad.
:P
Sebagai peringatan dan pengajaran untuk semua ndak salahkan copy mengcopy.

Thursday, June 25, 2009

~jadi cikgu~



kerja dan kerja
hari ni hari kesebelas aku kerja nonstop
nasib baik shift malam..
so rehat gilak dirumah main game,
tengok2 pokok2 bunga aku yang dah terbiar berminggu2..
baja kan pokok2 tuh..
aku ada tanam bamboo dalam pasu dan beberapa pokok bunga dari jenis daun seja..
senang mau jaga tapi ni pun suda macam hidup segan mati tak mau..
hehehehehe

ditempat kerja skrg ni..
aku jadi cikgu untuk dua orang staff baru
pening kepala juga
gaji lebih? jangan harap..
dalam mimpi la..
aku suka jugak mengajar org ni
at least ilmu2 tu kita kongsi dgn org lain kan?
atau memang mungkin darah "cikgu" mengalir dalam badan aku ni
(my mum mmg cikgu kan?)
entahlah suka juga aku tapi bikin geram juga
kalau kita ajar2 ndak pandai paham..

geram juga...

Wednesday, June 10, 2009

~bukti aku dah sampai Bali~

ada yang cakap aku tipu taw..
nah amik ko..



ko hado bergambar kat tempat aku bergambar ni??
baca betul2 beb..
aku tak tipu la aku cuma takda masa lahh..
apa?? nak tunjuk semua gmbr dgn korang??
motifnya adalah??? Ann is the only person
yang dah tgk gmbr2 kitorg bercuti..
sik caya udah...

aku bukan orang yang suka bergambar..
dan berposing bagai2..
kalau aku suka bergambar baik aku jadi model
kan?

Hairan nyawaku koh!!

~penceritaan yang tertangguh,. kenapa?? ~

SEBABNYA
Since balik dari Yogja sehingga hari ini aku belum ada offday lagi..
Kitorg terpaksa overwork since ada dua org staff kitorg resign..
dan aku volunteer untuk amik offday terus 3hari..
keji ok kerja tak berhenti
aku takda lah rasa penat pun
tapi ngantuk
sbb minggu ni aku masuk shift 3 overnight shift..
11malam hingga 7pagi..
kerja best lah takda orang kacau tapi mengantuknya Nauzubillah..
then balik2 rumah struggle lagi nak paksa mata tidur..huhuhu

kejamnya dunia..

Sunday, May 31, 2009

~malas~

aku belum lagi unpack souvenir yang aku beli dari Yogja
dua jer baru aku bukak - Baju Hard Rock Hotel untuk Ann dan set kebaya untuk Nora
since she will be away for Kaamatan seminggu..
aku blur2 jugak hari pertama kerja..

oh about gambar2 aku belum transfer lagi dari laptop faizal..
aku malas ar.. tapi aku akan post jugak kat sini..
nanti orang cakap aku propaganda jer lebih cakap ke Yogja la Bali la..
sbg bukti la katanya..

tunggu erk nanti aku upload..

p/s: Ghaz kalau ko baca ni, aku minta mahap byk2 erk aku tak jumpa engko masa aku kat KL. Ko pun busy jugak kan???

Friday, May 29, 2009

~aku sudah kembali~

aku udah kembali ke Malaysia semalam.
sampai labuan jam10 lebih pagi waktu malaysia
dan aku masih tidak puas utk bercuti.
esok sudah kerja.
tangguh dulu penceritaan libur di Yogja dan Bali..
so many things to share so little time..
katanya...

tangguh dulu aku kena tidur dan esok kerja..

Monday, May 25, 2009

~bali for two days~

malam ini aku akan berangkat ke Bali pada 2035hrs..
sampai di Bali kira2 dua jam..
kitorang stay di area Kuta Beach..
aku beli tiket Lion Air instead of naik bas untuk 18jam..
tapi dua hari di Bali??
memang ndak cukup..
entahlah aku memang akan pergi Hard Rock..
beli t-shirt utk Ann..
carik coffee untuk Boss aku..
dan juga KUGEM... new word aku belajar kat Yogja..

Sedih juga meninggalkan Malioboro, Yogja ini..
i love it here..
alamak sentimental pulak kan???
k lah overall semuanya berjaya cuma banyak lagi tempat aku belum explore..

yang penting sepanjang percutian ini..
kitorg banyak melakukan lawatan ke rumah2 orang..
ke lorong2 kecil perantaraan rumah kos-kosan..
kampung bagi mereka di sini..
dan yang pasti
kehidupan org sini membuatkan aku sedar,
kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada di Malaysia..
di sini orang tidur di jalanan, di kaki lima, di atas beca, di gerai2 gudek, di alun2, di kerusi tepian jalan, atau di rumah yang saiznya sebesar tandas2 di rumah kita... banyak lagi sisi gelap of Yogja yang
mungkin kita cuma bisa dengar dari cerita2 org yang pernah bertandang di sini..
kesusahan hidup sesetengah dari mereka membuka mata aku...

Selamat Tinggal Yogjakarta..
Aku Pasti Akan Kembali dan merinduimu..

Sunday, May 24, 2009

~yogja.. i'm in love~

aku masih lagi di Yogja..
jatuh cinta dgn Yogja, yg selamat dan heaven bagi muda mudi yang suka nongkrong..
org2 nya sangat mesra.. makanannya sedap dan syopping memang heaven..
aku sempat membeli 4 pasang kasut : 2 puma & 2 converse dengan harga RM413..murah murah murah! dan yang paling mengkagumkan aku adalah apabila
budaya dimixed dengan agama.. sungguh unik..
aku sempat melihat upacara2 yang memang langsung tiada di Malaysia..
banyak untuk diceritakan dan aku tidak kecukupan waktu untuk update blog aku ini..

aku masih lagi kebingungan membuat decision bila berangkat ke Bali..
Yogja memang heaven!!!
dan aku pasti akan kembali.. :)

Tuesday, May 19, 2009

~ keraton dan benteng vredeburg ~

bangun lambat jugak ari ni..
mungkin sbb semalam capek banget.. tidur nya nyenyak sekali..
so minum kopi di koridor hotel dan bertemu dengan anak kepada owner hotel..
kesian k kitorg bercerita over koffee.. then bila sebut saja Malaysia
dia ingat aku ni anak orang kaya la
katanya "wah ada lima juta bisa enggak ke Malaysia??? "
pakcik dier menyampuk " kita ini orang Jawa lima juta bisa aja bikin beli nasik untuk nyuapin anak2.. kebutuhan kita tinggi banget..

sedih kan?? lima juta itu hanya lah bersamaan dengan RM1710.20 lebih kurang la
cukup giler duit tu kalau nak ke KL
erm ntah la no comment..

tadi berjalan2 di sekitar malioboro st ini. susah jugak nak carik tourist informasi centre kat sini.. tersorok dan tanya org2 kat tepi2 ni tau giler..
polis2 berkeliaran sana sini tapi macam "fungsi" giler.
aku tgk dorg duduk2 bercerita main daun terup minum sosro teh botol..
ada yang sibuk berkumpul di dalam tourist info centre hisap2 kretek..
heran la..

on the way nak ke keraton kitorang singgah di benteng vrederburg..
benteng pertahanan yogja semasa pendudukan belanda..
tempatnya terkawal rapi.. dijaga dgn cantik dan pertama kali aku bertemu
dengan Jenderal Sudirman?? Sapa Jenderal Sudirman???
google la kalau ndak tau..

Traffic di Yogja teruk jugak banyak motor becha kereta kuda & kereta..
menapak kira2 20 menit dari benteng tu
kitorg ke Keraton..
tapi malangnya, ada bahagian yang ditutup bersempena lawatan Presiden..
tak perlah penat juga jalan masuk jer lah tgk taman2 view dari main gate keraton ini
sangat cantik jalan lurus terus ngeliat ke Malioboro..

aku skrg ni duduk kat pizza hut..
the only place yang aku yakin nak makan..
tempat lain macam KOTOR banget..
maaf Yogjakarta..

lepas ni ktorg plan nak naik becha dan mengelilingi kawasan malioboro..
becha atau naik kuda??? sekali keliling hanya IDR3000 sahaja
lebih kurang RM0.90 kesian jugak pakcik beca tuh kalau aku dan faizal naik haruslah patah kaki pakcik tuh nak mengayuh dua orang gemuk..
mungkin naik kuda kot.. tengok la..

ok la gmbr2 masih dalam kamera nanti aku upload k.. tak banyak jugak gmbr aku ambil
takut lah nak keluar kan kamera kat sini.. keluar kejap2 jer alpha aku dari beg..
maunya kena ragut atau rampok mampus aku...

Monday, May 18, 2009

~Yogjakarta.. Aku Datang~

aku ber"talian" dari Yogjakarta
flight aku sampai petang tadi
perjalanan agak "bumpy" di udara.. Cuaca gelap & awan tebal..

Sampai2 jer di Adisujipto International Airport, Yogja
hari dah nak hujan.. sudah tuh punyalah lembab proses "disinfect" untuk swine flu
dilakukan di arrival hall.. dekat satu jam ok kitorg berdiri tunggu giliran..

Kaunter imigrasi yang ada dua sahaja.. keji k? internasional la sgt..
then tuntutan bagasi pun ala2 keji, dorang letak jer barang2 tu kat lantai..
dan ambil jer sesuka hati..dan beg faizal kena bukak..
keluar dari departure hall.. kitorg terus kena bugging
oleh bapak2 taksi.. ada sorang pakcik tuh ikut
sampai kitorg merokok pun dia approach nak bawak naik taksi dier..
dan aku terpaksa berpura2 angkat telpon dan cakap indon ala2 tunggu kawan kononnya..

pastuh pi minum kejap kat dunkin donuts kat airport tuh..
nak larikan diri dari bapak taksi tu
bila hujan redah sket aku pun jumpalah local people yg duduk2 kat tepi2 dan tanya macamana nak ke Malioboro..cheapest way ever : naik Trans Yogja..
harganya...IDR3000 sorang.. berbanding taksi airport dalam IDR70,000 - IDR 90,000..
turun dari bas kat malioboro st. hari dah gelap n hujan..
nak carik hotel monica as recommended by kak nam..
masa meredah hujan tu kitorg terjumpa sorg mamat jepun backpackers..
nama dier koji.. sorang2 dan carik hotel jugak..
tanya org2 macam tau giler org hotel monica.. wujud ker??
X sangat k hotel tuh.. jalan2 akhirnya jumpa jugak walaupun basah..
kitorg bernasib baik jugala sbb tinggal tiga jer bilik yang ada..

so aku amik bilik deluxe.. katil king size + private bathroom.. very simple la..
basic amenities.. towel + katil + cermin + tempat sangkut baju + tandas sendiri
itu jer ada giler TV.. perluker???
harganya IDR 110,000.00

lepas check-in mandi dan terus berjalan kaki di sekitar malioboro street ni..
ada pasar malam la org bukak2 gerai kat tepi2.. jual souvenir..
muka memasing macam nak telan orang ok.. takut juga la..
aku dah tahu nak bawak souvenir apa..
esok lah aku beli aku cuma survey2 jer dulu..
pastuh kitorg pegi Malioboro Mall..
terus makan kat Pizza Hut..
Yang bestnya.. menu dier lain dari malaysia..
kitorg makan nasik & beef.. dan sosisole pizza..
pelayan dier pun sangat lah okay.. sangat customer oriented dan mesra..
sangat2 mesra.. kat malaysia ada giler macam tu.. kalau tak muka masam
mesti perangai macam taik..

ok lah aku berinternet dari warnet di malioboro street skrg ni
charge untuk sejam adalah IDR4000.00..
okay lah aku akan update perjalanan aku kalau aku ada time..
takut jugak memula.. kat sini ramai yang terdesak dengan kehidupan..
u know what i mean kan Ann???

k lah semua kerja bagus2.. kimsalam kpd sesiapa yang ndak baca blog aku.. :P


p/s: Ann Get Well Soon. Ko ya penat jak beli apple setiap minggu
senang juak sakit.. heran nyawaku..

Thursday, May 14, 2009

~gwe enggak sabar-sabar dech~

Bakalan tampil di Yogjakarta Senin minggu depan,
gwe sudah siap-siap ngedapin adventur yang bakal menjalinkan kenangan2 yang
indah. Gwe yang belum pernah menghirup udara Indonesia merasakan
penasaran banget sama Indonesia. Lagi2 ada temen2 gwe udah pernah menjejaki
Malioboro, Kotagede, Kasongan, Borobodur, Prambanan dan lain-lain lagi.

Barang2? Persediaan?? BELOOM CUKUP DONK!!!
Last minute aja seperti biasa.. :P

Gwe udah enggak sabar-sabar dech!!!

Tour de Yogja & Bali
18th May 2009 - 27th May 2009

INDONESIA.. aku datang!!!

Sunday, May 10, 2009

~LANGSUNG KE RUMAH SAKIT~



Langsung saja ke RUMAH SAKIT sekiranya anda mengalami simptom2 diatas (palis2x)
macam2 sudah sekarang ni.. Astagfirullah..

~berbaring di rumput dan merenung ke langit~

Special entry kali ni adalah hasil klik2 minggu lepas..
Agiz (bukan nama sebenar) adalah lelaki yang bersama2 dgn ann dalam outdoor photo shoot kali ni.. Beliau yang berasal dari KL, membuat lawatan cuti2 malaysia ke Labuan berikutan dengan Sambutan penutupan Pesta Air 2009 peringkat kebangsaan, katanya.. Lagipun tiket MAS yang beliau beli amatlah murah harganya.. Kan???

To:Agiz
Kami (aku & ann) memohon maaf sekiranya tidak kecukupan waktu untuk diluangkan bersama2 dengan ngko.. Ko pun taw kan kitorg kerja walaupun ujung minggu..
Next time datanglah lagi Labuan.. dan make sure inform kitorg awal.. Original photo will be sent to u by email.. bukak hotmail ngko tu

Btw, enjoy this peekture.




Saturday, May 9, 2009

~happy Mother's Day, Mum~

we didn't really celebrate Mother's Day..
dari dulu2 lagi ndada celebrate..
bukan budaya kitorg kunun,lgpun perluka mengingat ibu setahun sekali..
walaupun begitu, my mum tau how much that anak2nya menyayanginya..

Happy Mother's Day mama






gmbr2 di atas adalah gmbr mak aku yang aku ambil sewaktu beliau memancing di kiansam.. gmbr ni dgn entry senja di kiansam di ambil pada masa yang sama..
dan paling atas tu adalah parents aku - mak bapak aku la..
hobby dorang memancing.. sapa2 mau join dorang memancing kestaw aku.. :P

Thursday, May 7, 2009

~aku dan senja di kiansam~

ini posting hasil klik2 yang udah delay hampir seminggu..
last weekend aku terlalu busy dgn aktiviti2 yang kadang2 saja aku lakukan..
salah satunya adalah ke jeti kastam di kiansam, yang kebetulan parents aku tengah memancing di sana.. so lepak2 kejap tgk dorang dan klik2 beberapa gmbr..

ini baru permulaan paparan hasil klik2 last weekend.. cukup satu saja
jangan banyak tanya la
dan jangan disoal mengapa

tengok saja.. kemudian akan disusuli dgn klik2 yang lain pada posting yang kemudian..
sabar dulu :P

Wednesday, May 6, 2009

~aku dan bulu roma meremang~



Semasa mem"browse" youtube semalam, aku terjumpa video ni.
Actually aku nak carik video Mad About The Boy by Dina Washington..
Aku dgr lagu tu slepas tengok iklan utk program TV Jamie Oliver kat AFC...
Tiba2 aku teringat kat BGT..
ni dalam episod ke4.. di Wales..
Mengagumkan.. Sangat mengagumkan aku..
Hari ni pun aku dah tgk video ni berulang kali..
Meremang bulu roma aku tengok budak ni nyanyi..
dan suara budak ni sangat sangat sangat menikam kalbooo...

Hopefully this year dia akan menang BGT..

P/S: Semalam baru habis convert gmbr2 terkini.. ada lagi yang belum..
komputer aku pakai ni tersangat laaaa lajuuuuu...

sekian, terima kasih..

Tuesday, May 5, 2009

~J.A.N.G.A.N~



Kalau nak kena selesembab.. Cuba-cubalah..

Monday, May 4, 2009

~aku & hujung minggu yang busy~

Setelah kami mendapat kunjungan teman dari Jerman & Kuala Lumpur,
kehidupan hujung minggu menjadi teramat sibuk..
Sibuk memberikan layanan terbaik kepada teman2..
Sibuk dan tidak cukup tidur..
Hasil klik2 juga masih terperap dalam CF kamera..
Tidak kecukupan waktu untuk meneliti setiap satunya..

Sibuk & Penat..

Kepada mereka yang berkenaan, maaf dipinta & ampun dipohon
segala ketidakcukupan waktu dan kekurangan layanan
bukanlah di sengajakan.. cuma tidak dapat dielakkan..

Sibuk ni..

Sunday, May 3, 2009

~aku in action~




This is Awang with his gear. Selalunya awang akan duduk di seat penumpang dalam kereta untuk membolehkan dia meng"capture" gmbr2 di sekeliling.. Awang masih lagi seorang amateur yang mempunyai lesen L dalam photography.. Namun Awang gigih berusaha dengan sokongan sahabat2 disekeliling, belajar dan terus belajar..
Remember this picture because one day hasil2 kerja nya akan dipaparkan di majalah2 utama di Malaysia dan dunia.. Who knows???

:P Watch Out!!

Thursday, April 30, 2009

~aku membuat poster kunun~

Ari ni,
setelah bertungkus lumus di tempat kerja
aku memaksa diri untuk mengemas rumah..
membuang sawang dan memvakum bilik tidur..
hebat juga la penatnya..
bukannya apa, semangat MOP baru RM52.90 yang aku beli smlm di Parkson Ria..
(Ann, nang mahal gilak mop ya tapi ko tauk nak tok lah mop idaman aku selama tok!)
setelah siap semua kerja-kerja rumah, sambil2 hilang kan penat, aku membelek2 la gambar yang aku dah klik2 satu persatu.. tiba2 aku teredit beberapa gmbr untuk dijadikan poster syok sendiri.. inda singaja kunun..
hahaha.. so inilah hasilnya selepas diedit..





Tuesday, April 28, 2009

~aku, ann & surrender point~

Last Sunday,
balik dari kerja aku dgn gigihnya bersama2 dgn ann pegi Taman Damai
(Surrender Point) dgn membawa alpha350 aku.
We had a lots of fun doing klik-klik outdoor..
& Ann ko nang natural ANTM..walaupun..
yakin jak ko bah.. molah biasa2 jak..
Ne tauk Tyra Bank kelak mukak blog aku tok alu di tunggahnya ko
ngikut ANTM.. Sik ku beranirani..
Btw, thanx for ur time.. kelak mun free2 kita kluar agik
Tadi baru aku ada time nak convert semua gmbr2 dari CF ke PC aku..

Dgn permission Ann yg baru kol aku (sbb nya mauk dating malam tok tapi nervous)
Terimalah....





Monday, April 27, 2009

~aku yg keji~



This is Susan Boyle peserta Britain's got Talent 2009..
bila aku tengok video ni mula2 a few weeks ago.. aku macam biasa la, 1st thing datang otak aku: Ini mesti another disaster, macam peserta2 realiti Tv yang lain2...
look at her look, the way that she bring herself on stage, the way that she talk so kampoong & walk like aunty2 di pasar.. even Simon pun cynically tanya macam2..
semua org dalam dewan tuh pun mempunyai pandangan yang semacam..
the moment that she open her mouth to sing.. OMG!!! It's beautiful... Really beautiful...
Kejinya aku.. Memandang hanya pada luaran sahaja..

It makes me realize that all this while I always judge people by their looks..
Memang kita percaya bahawa 1st impression memainkan peranan penting dalam hidup kita..
Kita lebih suka menilai orang lain tanpa menilai diri sendiri...
Media telah meracuni pikiran aku kot..
Semuanya kita mau canthek.. Chantek dan Indah...
Selalunya kita tidak sedar, segala2nya yang Allah ciptakan itu indah...
dan kita sering terlupa....

Kejinya aku....

Sunday, April 26, 2009

~aku yang tak dapat tidur~

Aku inda mengantuk la
i'm in the middle of self crisis skrg ni.. i'm having a big problem that i don't know how to solve..
Ya Allah peningnya aku..
maybe bukan pasal ni.. mungkin sbb aku overslept semalam..
mungkin juga kafein dari Cni Ali Kafe tu meresap ke dalam darah & otak aku..
entahla.. aku pun tak tahu macamana mau explain..
i just couldn't sleep..
i used to be someone yang nda berapa ambil pot semua masalah
aku main lantak jak la..
mungkin sbb aku suda tua utk main2 dgn kehidupan..
mungkin sbb aku fikir aku nda mampu kali ini..

but this time it's different...
bergegpuk jugak aku kalau ingat masalah aku ni.
biarlah......

Saturday, April 25, 2009

~bosan..~

SATURDAY
is my offday
as usual bangun lambat n bermalas-malasan
bangun2 tidor jam1100.. bah lapar lagi ni...
i had maggi kari n ayam goreng for lunch.. then, do nothing but surf the flikr & photography website..baru jer ann kol ajak kuar malam ni.. thot of having dinner at gerai nurul medan..
this is our new tempat lepak utk makan since tak banyak tempat best2 kat labuan ni
baru2 jugak kami discover yg gerai ni makanan dia best2 and Kak Lin (the owner) memang ting tong best gilakkkk.. Kak Lin in her late 30's (kot!) is a damn funny woman.. boleh jadi raja lawak ni...I thought what we are looking for.. in some gerai-gerai is where we feel comfortable with the sorroundings and finger licking good foods.. n satu lagi tmpt wajib melepak kitorg adalah restoran sharifah.. bole kira restoren keling paling bersih la kat labuan ni.. lama tak lepak sana since Jal melancong ke U.S..

erm, aku nak mop rumah la lepas ni.. nanti aku upload beberapa gmbr lagi ek..

Wednesday, April 22, 2009

~ kuching miao miao - nightlife ~




~ kuching miao miao - uniquely sarawak~